CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 27, 2012

..:: muhasabah diri ::..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat merasa nikmat iman & islam InsyaAllah..

entry kali ini saya ingin mengingatkan diri saya dan rakan-rakan sekalian. hidup di dunia ini sementara sahaja.Jadi, buatlah amal sebanyak2nya agar kita memperoleh kebahagiaan di sana nanti InsyaAllah..



xtahu kenapa sejak masuk sem baru ini, aku jadi kelam kabut. Maybe jawatan yang diberikan membuatkan aku tidak pandai mengurus masa dengan baik kot. Tah nape sejak sem nie kurasakan ku kekurangan sesuatu dalam diri ini. Walaupun sem ini banyak daurah, Mabit, program keagamaan yg kuhadiri tetapi jiwa ini rasa sperti kekurangan sesuatu. Jadi ku bermuhasabah sendirian sementara tiada roomate di bilik.Kumengenangkan detik-detik bermulanya semester baru ini. Semuanya baru, iaitu roomate, masuk 1st degree.Segalanya indah.Alhamdulillah.semoga ianya berkekalan..amiin.. 


Diriku ini berasa amat kerdil di sisi-Mu Ya Allah.Kau berilah hamba-Mu ini petunjuk ke jalan yg lurus, yg benar, jalan-jalan yang Kau redhai Ya Allah. Ya  Allah kenapa hatiku rasa tidak tenteram saban hari. Kumula berkira-kira kenapa ia terjadi. Terdapat sesuatu yg kurasakan dlm diri ini.. Ya aku tau. Rupanya, pada sem ini kukurang memberi nasihat/ teguran kepada kawan2ku. ak x seperti dulu, memegang prinsip hidup dalam melakukan sesuatu & akan berkongsi prinsip tersebut bersama rakan-rakanku. Di mana prinsip2 itu menghilang?? Ya Allah Kau tunjukkanlah hamba-Mu ini prinsip2 yg kupegang selama ini Ya Allah. KepadaMu sahaja hambaMu ini memohon. dahulunya, jika terdapat kwan2ku yg melakukan sesuatu yg x kena pada mataku, adakalanya aku menegur. tetapi tidak pada kali ini.. setiap perbuatan yg x kusuka terjadi kepada kawan2ku, aku buat x endah..di mana aku yg dahulu.. :'( Ya Allah ak rasa hina Ya Allah.. Aku bermunajat kepadaMu.Kau bimbinglah hambaMu ini.Kurniakanlah hambaMu ini sahabat2 yg sentiasa bersamaku semasa susah & senang & sentiasa berpesan2 pada kebenaran. Kau lembutkan hati kawan2 di sampingku ini agar mudag menerima nasihat. Ya Allah Amin Ya Rabbal Alamin..


Aku rindukan sahabat2 di sekolah menengah dahulu.yg sentiasa mengingatkan aku jika aku lalai, lupa, leka, alpa.. Aku rindukan seuasan pada zaman dahulu.. :'( sykur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan lingkaran cinta dan bulatan gembira yang sangat menyenangkan bila bersama mereka.Alhamdulillah di atas kurnian-Mu.. :-)

1 comment:

  1. my dearest sister, be strong! ALLAH LOVES U ALWAYS

    ReplyDelete